Viral TIKTOK Jangkitan Mata Akibat Kanta Lekap – Tips Penjagaan Kanta Lekap

Menjadi kes viral baru-baru ini seorang remaja yang memakai kanta lekap terkena jangkitan mata akibat pembersihan kanta lekap yang tidak baik.

Menurut Mstar Online, remaja ini dikatakan biasa memakai kanta lekap dan membuang kanta lekap tersebut sebelum tidur. Tetapi malang tidak berbau apabila matanya terasa gatal pada pukul 1.30 pagi. Remaja ini kemudiannya menyambung tidurnya tetapi mendapati matanya tidak dapat dibuka pada pukul 4.30 pagi.

Jangkitan mata akibat pemakaian kanta lekap ini tidak begitu asing dan sering terjadi kepada mereka yang tidak mengambil serius tentang penjagaan kebersihan kanta lekap.

Kami kongsikan kepada anda 4 tips penjagaan kanta lekap yang WAJIB anda praktikkan bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku kepada anda.

(1) Memastikan anda menggunakan MULTIPURPOSE SOLUTIONS (MPS) sebagai air rendaman kanta lekap.

Terdapat banyak jenis cairan kanta lekap di pasaran tetapi kebanyakan dalam kalangan kita akan sering keliru dengan cairan yang tepat untuk rendaman kanta lekap. Cairan yang seharusnya dijadikan air rendaman kanta lekap adalah cairan yang ditulis : Multipurpose solutions. Cairan ini telah dilengkapi dengan anti bakteria yang bertindak mencuci kanta lekap dari sebarang kuman. Jangan sesekali rendam kanta lekap anda dengan SALINE solution ya.

(2) Mencuci tangan dengan bersih serta mengelakkan memakan makanan pedas sebelum memakai kanta lekap

Mungkin tips ini kedengaran agak kelakar, tetapi elakkan memakan makanan pedas dengan tangan anda sebelum memakai kanta lekap. Bahang pedas yang berada di tangan anda boleh mendatangkan rasa pedih kepada mata anda sekiranya anda memakai kanta lekap sejurus selepas memakan makanan pedas dengan tangan anda.

(3) Mencuci & Membilas Kanta Lekap Sebelum & Selepas Pemakaian

Tips ini adalah WAJIB bagi setiap pemakai kanta lekap di luar sana. Mencuci kanta lekap seringkali dilakukan sebelum pemakaian kanta lekap, namun ramai yang kurang mempraktikkan mencuci kanta lekap tersebut selepas pemakaian kanta lekap. Ada juga yang rajin mencuci selepas memakai kanta lekap namun malas untuk mencuci sebelum memakai semula kanta lekap tersebut. Sebaiknya anda mencuci sebelum & selepas pemakaian kanta lekap bagi memastikan segala kotoran,debu dan minyak yang melekat di permukaan kanta lekap tersebut betul-betul tertanggal dan sekaligus memastikan kanta lekap anda bersih.

(4) Menukar Kanta Lekap Tamat Tempoh

Ramai di luar sana yang kerap kali menambah tempoh pemakaian kanta lekap kerana alasan tidak sempat membeli yang baru atau ingin menjimatkan kos pembelian kanta lekap. Perlakuan ini adalah sangat merbahaya dan boleh mendatangkan mudarat kepada pemakai kanta lekap. Setiap kanta lekap telah ditetapkan jangka hayat memakainya sama ada ditukar secara bulanan, 3 bulan atau 6 bulan. Ada juga kanta lekap yang boleh dipakai selama 1 tahun. Kesemua kanta lekap ini seeloknya diikuti tempohnya bagi mengelakkan mata anda kurang oksigen atau paling teruk sekali – menyebabkan jangkitan seperti kes di atas ini.

Pemakaian kanta lekap bukanlah semudah yang disangka. Banyak perihal yang perlu dititikberatkan dan tidak boleh diambil ringan supaya tidak mendatangkan mudarat bagi pemakai di masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *