Tips & Penjagaan Kanta Lekap yang Anda WAJIB Tahu!
Penggunaan kanta lekap bukanlah semudah beli dan pakai seperti pemakaian cermin mata. Bagi anda yang ingin memakai kanta lekap, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan untuk melakukan ujian tahap kelihatan, pengukuran kelengkungan kornea dan pemeriksaan kesihatan mata dari optometris bertauliah. Bahkan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli kanta lekap daripada jurujual kaunter atau jualan secara atas talian.

Tahukah anda, penggunaan kanta lekap yang berpanjangan boleh menimbulkan komplikasi kepada kesihatan mata anda. Penggunaan yang tidak betul juga boleh mengundang bahaya kepada si pemakai kerana kornea pada mata akan berisiko mengalami kekurangan oksigen. Manfaat yang optimum dapat diperoleh sekiranya pemakai mengamalkan pemakaian dan penjagaan yang betul dan selamat. Jom kami kongsikan kepada anda tips dan cara penjagaan kanta lekap yang wajib anda tahu.
A. Ikuti Arahan
- Ikuti jadual pemakaian dan penggantian kanta lekap.
- Patuhi tempoh masa yang tertera pada kotak kanta lekap. Setiap syarikat pengeluaran mempunyai tempoh pemakaian yang berbeza. Kanta lekap perlu dibuang dan diganti apabila telah sampai tempoh tamat walaupun dijaga dengan baik.
- Umumnya, tempoh pemakaian dalam sehari adalah dalam 8-12 jam sahaja.
- Ikuti arahan optometris tentang cara pembersihan dan penyimpanan kanta lekap.
- Jika kanta lekap disimpan di dalam bekas untuk tempoh yang lama, pembasmian kuman perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum dipakai.
- Jangan sesekali memakai kanta lekap yang telah disimpan selama 30 hari atau lebih lama.
- Dilarang mandi, berenang, menggunakan tab mandi panas atau melakukan apa sahaja aktiviti yang membolehkan air memasuki mata ketika memakai kanta lekap.
- Dilarang berkongsi kanta lekap dengan orang lain.
- Perbuatan ini meningkatkan risiko penyebaran bakteria.
- Dilarang membeli kanta lekap menerusi jualan dalam talian atau di kaunter jualan.
- Kanta lekap tergolong dalam kategori alat perubatan dan ia memerlukan preskripsi daripada optometris untuk memakainya.

- Dilarang membeli kanta lekap menerusi jualan dalam talian atau di kaunter jualan.
- Kanta lekap tergolong dalam kategori alat perubatan dan ia memerlukan preskripsi daripada optometris untuk memakainya.
- Dilarang tidur dengan kanta lekap.
- Patuhi janji temu pemeriksaan mata dengan optometris.
- Dilarang tidur dengan kanta lekap.
- Patuhi janji temu pemeriksaan mata dengan optometris.
B. Pembersihan dan Penyimpanan Kanta Lekap

- Basuh tangan dengan air dan sabun, kemudian keringkan tangan dengan tuala sebelum menyentuh kanta lekap.
- Gunakan kaedah pembersihan “gosok dan bilas”.
- Gosok kanta lekap dengan jari yang bersih, bilas dengan larutan dan kemudian rendam di dalam bekas.
- Cara ini dapat membersihkan kanta lekap dari sebarang deposit dan mikroorganisma.
- Basuh tangan dengan air dan sabun, kemudian keringkan tangan dengan tuala sebelum menyentuh kanta lekap.
- Gunakan kaedah pembersihan “gosok dan bilas”.
- Gosok kanta lekap dengan jari yang bersih, bilas dengan larutan dan kemudian rendam di dalam bekas.
- Cara ini dapat membersihkan kanta lekap dari sebarang deposit dan mikroorganisma.
- Dilarang membilas atau merendam kanta lekap menggunakan air paip.
- Gunakan larutan pencuci kanta lekap yang hanya disarankan oleh optometris atau juruoptik bertauliah.
- Elak menggunakan semula atau menambah larutan pencuci baru ke dalam rendaman sedia ada di dalam bekas.
- Ia dapat mengurangkan risiko jangkitan dan keradangan mata.
- Jangan gunakan larutan pencuci yang telah luput tarikh.
- Tempoh luput larutan pencuci kanta lekap yang telah dibuka adalah 3 bulan selepas dibuka.
- Botol larutan pencuci mestilah dijaga dan disimpan dengan baik.
- Pastikan penutup botol ditutup rapat apabila tidak digunakan.
- Pastikan hujung/mulut botol tidak menyentuh sebarang permukaan.
- Jangan biarkan kanta lekap direndam terlalu lama.
- Larutan rendaman yang lama perlu ditukar baru sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
- Kanta lekap yang direndam lama perlu dicuci sebelum dipakai semula.
C. Penjagaan Bekas Penyimpanan Kanta Lekap

- Pastikan bekas kanta lekap sentiasa bersih.
- Bilas bekas dengan larutan steril dan biarkan ia terbuka untuk proses pengeringan sepenuhnya.
- Tukar bekas baru sekali setiap bulan atau sekurang-kurangnya sekali setiap 3 bulan.
D. Kanta Lekap dan Kosmetik

- Pakai kanta lekap terlebih dahulu sebelum mengenakan sebarang alat kosmetik.
- Pastikan anda menanggal kanta lekap sebelum menanggalkan solekan.
- Pakai kanta lekap sebelum anda mahu menggunakan penyembur rambut.
Fuhhh! Banyak tips dan penjagaan kanta lekap yang anda wajib tahu dan perlu diberi perhatian sekiranya anda memakai kanta lekap. Pemakaian kanta lekap ini memudahkan tetapi jangan ambil mudah dalam proses penjagaannya. Disiplin ada antara ciri-ciri penting yang perlu ada pada setiap pemakai kanta lekap. Tanpa disiplin, kanta lekap tidak dapat dijaga dengan baik lalu merisikokan kesihatan mata anda sendiri.
Pastikan setiap kali anda memakai kanta lekap, anda berasa:
- FEEL GOOD – selesa memakai kanta lekap
- LOOK GOOD – mata tidak merah
- SEE WELL – penglihatan jelas
Jika mata mula berasa tidak selasa, kemerahan dan penglihatan kabur, tanggal dan berhenti daripada memakai kanta lekap. Dapatkan konsultasi daripada optometris bertauliah berhubung tahap kesihatan mata dan nasihat pemakaian dan penjagaan kanta lekap yang betul dan selamat.