Mahu Mata Relaks? Kanta Anti-Fatigue yang Anda Cari!

Apa itu kanta Anti-Fatigue?

Kanta Anti-Fatigue yang turut dikenali sebagai kanta relaks direka bagi mengurangkan beban kerja mata ketika melakukan aktiviti penglihatan jarak dekat seperti membaca ataupun menggunakan peranti digital.

Aktiviti penglihatan berjarak dekat yang berpanjangan dan pendedahan terhadap skrin dalam tempoh yang panjang membuatkan otot-otot mata sentiasa bekerja dan menyebabkan ketegangan mata.

Kanta ini memiliki dua kuasa pembetulan (dual corrective power), di mana pada bahagian atas kanta membantu penglihatan pada jarak jauh dan jarak pertengahan manakala pada bahagian bawah kanta berfungsi dalam memberi keselesaan dan mengurangkan ketegangan mata bagi penglihatan jarak dekat. Ketegangan mata dapat dikurangkan dengan memberi power yang biasanya lebih rendah berbanding power rabun jauh disebabkan oleh akomodasi.

Siapa yang memerlukannya?

Kanta Anti-Fatigue direka untuk individu berikut;

  • Banyak melakukan aktiviti berjarak dekat.
  • Sentiasa berhadapan dengan skrin seperti pelajar dan pelukis digital.
  • Mengalami sindrom ketegangan mata.
  • Berumur 18 hingga 38 tahun.
  • Mengalami masalah penumpuan dan fokus mata pada jarak dekat.

Jika anda adalah pemakai cermin mata rabun jauh dan banyak aktiviti berjarak dekat dalam urusan harian seperti menjahit ataupun pekerjaan melibatkan peranti digital, kanta Anti-Fatigue adalah pilihan terbaik untuk anda!

Apakah kelebihan kanta ini?

  • Memberi keselesaan pada penglihatan jarak dekat.
  • Mengurangkan simptom ketegangan mata digital.
  • Proses penyesuaian dan pemakaian yang mudah.
  • Melambatkan perkembangan presbiopia (rabun tua) dan pilihan yang bagus untuk pra-presbiopia.

Bagaimana ia berfungsi?

Apabila mata melihat pada jarak jauh, otot siliari akan berada dalam keadaan relaks.

Ketika melihat jarak dekat, otot siliari mengecut bagi mengubah bentuk kanta kristalin menjadi lebih cembung untuk penglihatan yang jelas pada jarak dekat.

Aktiviti jarak dekat yang berterusan boleh mengakibatkan mata letih dan stres kerana otot perlu bekerja dalam tempoh yang lama.

Dengan pemakaian kanta Anti-Fatigue, keperluan otot siliari untuk mengecut berkurang ketika melihat jarak dekat. Kanta ini membantu mengurangkan simptom keletihan dan ketegangan mata.

Kanta Anti-Fatigue juga mempunyai pilihan ciri tambahan seperti blue filter, photochromic, transition dan sebagainya yang dapat membantu memberi keselesaan optimum mengikut keperluan mata anda. Sememangnya kanta ini merupakan pilihan terbaik buat mereka yang berumur 40 tahun dan ke bawah yang mengalami masalah mata cepat letih apabila melakukan aktiviti berjarak dekat.

Dapatkan pemeriksaan mata yang lengkap terutamanya pemeriksaan daya fokus otot mata dan konsultasi daripada optometris bertauliah sebelum membuat pemilihan kanta yang bersesuaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *