4 Rawatan Mata Kering

APA ITU MATA KERING? Mata kering adalah keadaan biasa yang berlaku apabila berlaku kekurangan air mata untuk melembapkan mata. Air mata adalah penting untuk mengekalkan kesihatan mata dan memberi penglihatan yang jelas. Penghasilan air mata boleh menjadi tidak cukup dan tidak stabil kerana pelbagai faktor. Contohnya, mata kering mungkin berlaku jika mata tidak mengeluarkan air …

Mahu Mata Relaks? Kanta Anti-Fatigue yang Anda Cari!

Apa itu kanta Anti-Fatigue? Kanta Anti-Fatigue yang turut dikenali sebagai kanta relaks direka bagi mengurangkan beban kerja mata ketika melakukan aktiviti penglihatan jarak dekat seperti membaca ataupun menggunakan peranti digital. Aktiviti penglihatan berjarak dekat yang berpanjangan dan pendedahan terhadap skrin dalam tempoh yang panjang membuatkan otot-otot mata sentiasa bekerja dan menyebabkan ketegangan mata. Kanta ini …

6 Tips Mudah Memiliki Kesihatan Mata yang Tiptop!

Antara anugerah Tuhan yang tak ternilai harganya pada kita adalah sepasang mata yang sihat. Sebagai tanda syukur dengan anugerah ini, telah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara ia sebaiknya dengan menitikberatkan kesihatan mata dan keseluruhan fungsi penglihatan. Selain deria pendengaran, rasa, sentuh dan bau, deria penglihatan merupakan antara deria terpenting bagi setiap makhluk termasuklah kita, manusia. …

4 Mitos Pemakaian Cermin Mata yang Ramai Orang Percaya!

“Tak mau lah pakai spek, nanti power naik cepat.” “Budak-budak tak payahlah pakai spek, nanti mata rosak. Kecil lagi, tak payah pakai.” “Eee, tak mahulah pakai cermin mata. Tak cantik!” Ramai yang percaya bahawa kesan pakai cermin mata boleh membuatkan mata kita lebih rosak. Sebenarnya, terdapat banyak sebab mengapa orang yang rabun tidak mahu memakai cermin …

3 Jenis Senaman Mata Mudah yang Perlu Anda Lakukan Setiap Hari

Ketegangan Mata Digital, yang juga dikenali sebagai Sindrom Penglihatan Komputer merupakan keadaan ketidakselesaan mata yang biasa dialami dalam kalangan individu yang sering berhadapan dengan skrin peranti digital dalam tempoh masa yang panjang. Semakin lama seseorang itu menghabiskan masa di hadapan skrin, semakin tinggi tahap ketidakselesaan mata yang dirasakan. Tahukah anda, menurut sebuah petikan jurnal tulisan …

Tips & Penjagaan Kanta Lekap yang Anda WAJIB Tahu!

Penggunaan kanta lekap bukanlah semudah beli dan pakai seperti pemakaian cermin mata. Bagi anda yang ingin memakai kanta lekap, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan untuk melakukan ujian tahap kelihatan, pengukuran kelengkungan kornea dan pemeriksaan kesihatan mata dari optometris bertauliah. Bahkan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli kanta lekap daripada jurujual kaunter atau jualan secara atas …

10 PUNCA SINDROM PENGLIHATAN KOMPUTER

APA ITU SINDROM PENGLIHATAN KOMPUTER? Sindrom Penglihatan Komputer atau Computer Vision Syndrome (CVS) ialah masalah mata yang disebabkan oleh penggunaan gajet seperti komputer, tablet dan telefon pintar dalam jangka masa yang lama tanpa rehat seketika. Di dalam dunia yang serba pantas ini, sememangnya penggunaan gajet telah menjadi kelaziman dan tidak dapat dielakkan. Ramai sedia maklum …

4 KELEBIHAN KANTA POLIKARBONAT

Pada masa kini, memilih sepasang cermin mata lebih daripada sekadar gaya. Kita juga perlu mempertimbangkan jenis dan bahan kanta yang kita pilih. Kanta biasanya diperbuat daripada kaca, plastik, atau polikarbonat. Apabila keselamatan mata menjadi kebimbangan, kanta polikarbonat atau trivex biasanya adalah pilhan yang terbaik untuk cermin mata. Ini kerana ia sesuai untuk cermin mata sukan, …