4 Mitos Pemakaian Cermin Mata yang Ramai Orang Percaya!

“Tak mau lah pakai spek, nanti power naik cepat.”

“Budak-budak tak payahlah pakai spek, nanti mata rosak. Kecil lagi, tak payah pakai.”

“Eee, tak mahulah pakai cermin mata. Tak cantik!”

Ramai yang percaya bahawa kesan pakai cermin mata boleh membuatkan mata kita lebih rosak. Sebenarnya, terdapat banyak sebab mengapa orang yang rabun tidak mahu memakai cermin mata. Mereka mungkin akan diejek oleh kawan-kawannya, Ada yang tidak suka dengan penampilan diri jika bercermin mata, tidak selesa dengan bingkainya mungkin risau diejek oleh kawan-kawan. Oleh kerana itu, mereka memilih untuk tidak memakai cermin mata atau lebih selesa memakai kanta lekap.

Mari kita lihat 4 mitos pemakaian cermin mata yang wujud di kalangan masyarakat kita sekarang.

“Wearing glasses will not make your eyes worse. Your actual prescription is based on the anatomy of the eye: the front curve of the cornea, the refractive power of the intraocular lens, and the length of the eyeball and peering through spectacles won’t change that anatomy. Wearing glasses or soft contact lenses will not change what your required prescription is.”

Michael J. Duerr, optometrist in Rochester Hills, Michigan.

Menurut Michael J. Duerr, pakar mata dari Rochester Hills, Michigan, pemakaian cermin mata tidak akan menyebabkan kerosakan pada mata anda. Menurut beliau lagi, pemakaiannya adalah bergantung kepada tahap kerabunan atau kekaburan mata. Ia hanyalah alat yang dapat membantu otak anda mendapat visual yang lebih jelas tanpa merosakkan sebarang fungsinya.

Bagi pemakai cermin mata, pasti anda melihat keadaan sekeliling menjadi kabur apabila membukanya bukan? Situasi seperti inilah yang membuatkan kita percaya bahawa mata kita menjadi lebih rosak setelah memakai cermin mata.

Sebenarnya, TIDAK! Menurut American Academy of Opthamology, keadaan ini terjadi kerana situasi anda yang telah terbiasa untuk bergantung kepada cermin mata untuk melihat sesuatu dengan jelas. Oleh itu, apabila anda membukanya, anda akan berpendapat bahawa mata anda telah rosak sedangkan ia adalah salah sama sekali.

Seterusnya,

Cermin mata berlubang mencipta “pinhole effect” pada mata. Penglihatan yang sedikit jelas adalah fokus imej yang terhasil daripada cermin mata tersebut yang menganggarkan imej pada reina secara kasar. Perlu diketahui bahawa rabun adalah masalah pada struktur mata. Imej yang terhasil tidak sejelas atau setepat cermin mata yang mempunyai “power”. Apabila cermin mata dibuka, mata yang rabun masih kekal rabun dan tidak jelas. Penggunaan cermin mata berlubang hanya akan menyelesaikan masalah pada ketika itu sahaja.

Apabila seseorang kanak-kanak itu memerlukan bantuan untuk melihat, memang mereka memerlukan cermin mata. Jangan beranggapan bahawa kanak-kanak terlalu kecil untuk memakai cermin mata! Sekiranya mereka mengalami gangguan penglihatan dan boleh diperbetulkan dengan memakai cermin mata walaupun penglihatan tidak dapat dibaiki sepenuhnya, tidak ada alasan untuk perkara itu ditangguh lagi. Usia sekecil mana sekali pun boleh belajar memakai cermin mata.

Sebagai pemakai cermin mata, jangan sesekali risau untuk memakainya. Mitos tanpa penjelasan secara saintifik seperti ini tidak seharusnya anda percaya. Sebaliknya, pakailah cermin mata jika anda mengalami masalah penglihatan kerana ia tidak akan merosakkan mata anda. 

Walaupun begitu, pasti ramai yang agak risau dengan “power” cermin mata yang akan meningkat dari tahun ke tahun bukan? Jangan risau kerana peningkatan itu bukan disebabkan oleh mata yang semakin rosak ekoran pemakaian kaca mata namun ia disebabkan oleh peningkatan usia anda. Ia adalah normal kerana mata kita akan makin kurang keupayaannya seiring dengan peningkatan usia. Jadi, jangan rasa pelik atau risau jika “power” cermin mata anda meningkat selepas ini okay!

Itulah 4 mitos pemakaian cermin mata yang kita hadapi dari dahulu sehingga kini. Semoga perkongsian ini dapat membuka mata semua bahawa dengan memakai cermin mata, mata kita tidak akan menjadi rosak. Malah, ia membantu kita untuk mendapat penglihatan yang lebih jelas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *