3 TIPS PEMAKAIAN CERMIN MATA MULTIFOKAL

Kanta Multifokal ataupun dengan nama lainnya kanta Progresif ialah satu jenis kanta yang menggabungkan tiga ‘power’ mata (jauh, pertengahan dan dekat) tanpa terlihat garisan kasar pemisah antara setiap ‘power’ mata. Kanta ini juga dikenali sebagai kanta banyak titik fokus.

Individu yang mempunyai masalah penglihatan jauh dan dekat terutamanya kepada mereka yang berumur 40 tahun dan ke atas (Presbiopia) amat disarankan untuk memakai kanta multifokal ini. Kanta ini membolehkan mereka untuk melihat dengan jelas pada semua jarak tanpa memerlukan cermin mata yang berasingan.

Mungkin ada di antara anda yang sudah memiliki kanta multifokal ini tapi tidak boleh memakainya dengan selesa. Proses pemakaian multifokal memerlukan kesabaran dan mengambil masa untuk belajar menyesuaikan mata dengan power pada kanta multifokal ini, terutama kepada mereka yang memakainya buat pertama kali. Gambar di bawah merupakan 3 tips pemakaian cermin mata multifokal yang boleh anda cuba supaya anda dapat memakainya dengan selesa.

Pemilihan bingkai yang sesuai juga memainkan peranan penting dalam keselesaan pemakaian cermin multifokal. Saiz atau ketinggian bingkai perlulah mencapai ukuran minimum multifokal agar kawasan setiap ‘power’ tidak terlalu sempit.

Setkan dalam minda bahawa cermin multifokal ini bukan konsep ‘boleh terus pakai’ tapi mengambil masa untuk mata menerima cermin multifokal ini. Luangkan lebih banyak masa memakainya dalam sehari untuk mata lebih cepat selesa. Seeloknya, mula pakai cermin multifokal dari awal pagi sebaik sahaja bangun dari tidur dan cuba bertahan selama yang boleh.

Itulah antara 3 tips pemakaian cermin multifokal dan cara pemakaian cermin multifokal kepada mereka yang belum biasa atau pertama kali memakainya. Diharapkan tips ini dapat membantu.

3 Replies to “3 TIPS PEMAKAIAN CERMIN MATA MULTIFOKAL”

  1. Adus ptutla Sya pun RSA x selsa plain cermin yg baru ni rupanya sbbkn multifokus.sbb cermin mata yg lama selsesa dipakai kerana rabun jauh je huhuu.mcm tu KNA biasakan pkai ari2 la KLO gitu

    1. Ya, Cik. Pada peringkat permulaan, kami sarankan Cik untuk pakai setiap hari selama dua minggu bagi proses penyesuaian antara mata dan kanta multifokal tersebut. Cik perlu berlatih untuk mencari kawasan penglihatan yang betul untuk jarah jauh, jarak pertengahan dan jarak dekat.

      Sekiranya masih belum serasi selepas dua minggu, rujuk kembali kepada premis di mana Cik membuat cermin mata tersebut. Harap membantu!

Leave a Reply to amalinaaamir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *