3 LANGKAH PENCEGAHAN KATARAK

KATARAK adalah salah satu masalah mata yang umum di Malaysia. Apa itu katarak? Katarak ialah suatu keadaan dimana kanta mata yang asalnya jernih menjadi keruh. Ia terjadi akibat daripada proses penuaan, kecederaan mata, penyakit-penyakit tertentu atau pengambilan sesetengah jenis ubat. Katarak adalah punca utama kebutaan yang boleh dipulihkan. Oleh itu, terdapat 3 langkah pencegahan katarak yang boleh kita amalkan.

Katarak perlu dibuang sekiranya kekurangan penglihatan menjejaskan aktiviti harian pesakit seperti memandu, membaca atau menonton televisyen. Di peringkat awal katarak, penangguhan pembedahan tidak akan menyebabkan kerosakan jangka masa panjang pada mata atau membuatkan pembedahan menjadi sukar.

SIMPTOM DAN TANDA-TANDA KATARAK

  • Kabur penglihatan
  • Sensitif pada cahaya lampu, lampu kereta dan cahaya matahari
  • Perlu cahaya yang terang untuk membaca atau melihat objek jarak jauh
  • Penglihatan berganda pada sebelah mata
  • Rabun malam (Rabun ayam)
  • Preskripsi cermin mata berubah-ubah

FAKTOR-FAKTOR KATARAK

  • Penuaan
  • Penyakit Diabetis Melitus
  • Kecederaan mata
  • Pengambilan ubat-ubatan seperti Prednisolone (steroid)
  • Pendedahan pada cahaya matahari yang kerap

RAWATAN KATARAK

  • Cermin mata – Tukar preskripsi cermin mata untuk sementara bagi membantu pesakit melihat dengan lebih baik jika katarak belum matang.
  • Pembedahan – Mengeluarkan kanta mata berselaput dilakukan jika katarak sudah matang.

Sehingga kini, tiada lagi kaedah yang diketahui untuk mencegah dari berlakunya katarak. Walaubagaimana pun terdapat beberapa langkah yang boleh diambil. Di bawah merupakan 3 langkah pencegahan katarak yang mungkin dapat menghindar atau melewatkan kejadian katarak.

3 LANGKAH PENCEGAHAN KATARAK

  • Melakukan pemeriksaan mata secara teratur dengan Optometris atau Oftalmologis. Ia dapat mengesan katarak dan masalah mata yang lain pada peringkat awal. Dapatkan nasihat daripada mereka untuk mengetahui seberapa kerap anda perlu menjalani pemeriksaan berdasarkan tahap kesihatan mata anda.
  • Ikuti rawatan sekiranya mempunyai Diabetis Melitus atau pantau masalah kesihatan lain yang boleh meningkatkan risiko untuk mendapat katarak.
  • Pendedahan mata kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama dan kerap boleh mempercepatkan proses katarak. Dengan pemakaian cermin mata hitam dapat mengurangkan simptom silau atau sensitif kepada cahaya matahari.

Itulah 3 langkah pencegahan katarak yang dapat anda amalkan dalam melindungi mata anda dari katarak. Tambahan, perlindungan daripada cahaya ultra ungu dengan menggunakan cermin mata gelap yang disalut lapisan anti ultraungu mungkin berupaya mencegah katarak. Disamping itu, pemakanan yang seimbang terutamanya, makanan yang mengandungi bahan anti oksidan mungkin boleh membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *