3 KELEBIHAN UTAMA SELEPAS PEMAKAIAN MULTIFOKAL
Pemakaian cermin multifokal berbeza jika dibandingkan dengan pemakaian cermin biasa yang lebih mudah atau “straight forward”. Terdapat 3 kelebihan utama selepas pemakaian multifokal yang dapat dialami oleh pemakai cermin multifokal.
Seperti kita sedia maklum, cermin mata multifokal merupakan cermin yang sesuai kepada individu yang mempunyai masalah penglihatan jauh dan dekat terutamanya kepada mereka yang berumur 40 tahun dan ke atas (Presbiopia). Boleh rujuk artikel 3 Tips Pemakaian Multifokal untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
3 kelebihan utama selepas pemakaian multifokal adalah:
Pertama,
Sebelum si pemakai memakai cermin multifokal, si pemakai perlu membuka cermin mata sebelum melakukan sebarang pembacaan kerana cermin mata biasa hanya mempunyai “power” untuk rabun jauh sahaja. Dengan pemakaian cermin multifokal, si pemakai tidak perlu lagi untuk berulangkali membuka cermin mata jika untuk membaca bahan bacaan dari jarak dekat. Ini kerana, cermin multifokal mempunyai “power” untuk rabun jauh dan dan dekat dalam satu cermin.
Kedua,
Kekerapan membuka cermin mata untuk membaca sudah menjadi satu masalah. Ditambah pula dengan masalah jarak bahan bacaan yang perlu dicari atau dibawa jauh sedikit dari jarak normal untuk membolehkan bahan bacaan dapat dilihat. Ini menimbulkan ketidakselesaan kepada si pemakai untuk membaca. Dengan adanya cermin multifokal, si pemakai dapat membaca pada jarak baca yang normal dengan selesa.
Ketiga,
Kebanyakan individu yang mempunyai masalah rabun jauh dan dekat akan mempunyai lebih dari satu cermin mata untuk mereka guna seharian, iaitu cermin mata untuk melihat jauh dan cermin mata untuk membaca. Masalah ini dapat diatasi dengan cermin multifokal yang membolehkan si pemakai melihat jarak jauh, pertengahan dan dekat dengan selesa dalam satu cermin sahaja. Pendek kata, cermin multifokal ini memudahkan dan dapat menangani masalah-masalah yang dinyatakan.
Itulah 3 kelebihan utama selepas pemakaian multifokal yang dapat dialami oleh si pemakai cermin multifokal. Si pemakai tidak perlu lagi berhadapan dengan masalah-masalah yang diceritakan tadi. Semoga perkongsian ini dapat membuka mata pemakai cermin mata untuk bertukar kepada cermin multifokal jika mereka telah berumur 40 tahun dan ke atas dan mempunyai masalah rabun jauh dan dekat.