2 PUNCA UTAMA SILAU MALAM
Apa itu silau malam? Silau malam lebih-lebih lagi semasa memandu merupakan masalah yang dialami oleh ramai orang. Kadangkala keadaan ini sangat merbahaya dan terpaksa menghentikan kenderaan disebabkan oleh silau yang begitu mengganggu dan tidak dapat melihat arah jalan. Terdapat 2 punca utama silau malam yang boleh dialami oleh individu yang mempunyai masalah silau malam.
Permandangan individu silau malam
2 PUNCA UTAMA SILAU MALAM
1. Rabun yang tidak dibetulkan
Punca utama bagi masalah silau ialah rabun yang tidak dibetulkan. Sama ada rabun jauh (myopia), rabun tersembunyi (hyperopia) atau rabun silau (astigmatisma) akan memberikan masalah silau. Rabun silau menjadi faktor utama sukar untuk melihat objek yang bercahaya terang terutamanya pada waktu malam.
Kebiasaannya, individu yang mempunya silau yang tidak dibetulkan akan mengalami simptom “halo”. “Halo” adalah lingkaran terang yang mengelilingi sumber cahaya seperti lampu. Silau akan berlaku apabila jumlah cahaya yang memasuki mata lebih besar daripada kemampuan mata untuk memprosesnya.
Lingkaran “halo”
2. Lampu tambahan kenderaan
Kebanyakan kenderaan zaman sekarang dilengkapi dengan lampu kabus atau dipanggil fog lamp yang biasanya ia terletak di bahagian bawah bumper depan untuk kenderaan di Malaysia. Kegunaan lampu kabus adalah semasa berada di kawasan kabus tebal untuk memudahkan pemandu lain menyedari kehadiran kenderaan yang lain.
Namun begitu, menyalakan lampu kabus semasa memandu pada waktu malam biasa dan tanpa kabus akan memberikan masalah silau dan membahayakan kepada pemandu yang lain.
Lampu kabus
PENYELESAIAN SILAU MALAM
1. Pemeriksaan mata
Anda perlulah melakukan pemeriksaan mata yang lengkap dengan Optometris di premis atau hospital untuk mengetahui tentang masalah rabun, rabun silau dan kesihatan mata yang lain. Sekiranya individu yang mempunyai masalah rabun dan rabun silau yang tidak dibetulkan, Optometris akan mendapatkan preskripsi power yang tepat untuk mata dan memberikan konsultasi tentang pemakaian cermin mata yang sesuai dengan masalah mata anda.
2. Kanta berjenis Night Drive
Kanta Night Drive adalah kanta yang direka khas untuk membantu mengurangkan silau dan memberi penglihatan yang optimum lebih-lebih lagi pada waktu malam. Lapisan anti-reflektif pada kanta Night Drive juga mengurangkan pantulan yang dialami pada waktu malam daripada cahaya terang seperti lampu hadapan kenderaan lain dan lampu jalan.
Kanta Night Drive membolehkan penglihatan yang optimum pada waktu siang dan malam dan mengekalkan penglihatan yang lebih jelas ketika memandu, walaupun dalam gelap.
Selain itu, kanta ini juga emberikan penglihatan yang luas untuk membolehkan individu melihat dari semua sisi dan melindungi mata dari sinar UV yang berbahaya, seperti perlindungan yang diberikan cermin mata hitam.
Begitulah 5 punca utama silau malam yang menjadi faktor kepada masalah silau dalam masyarakat kita. Jika kita mengambil berat akan kesihatan mata dan sebarang perubahan pada penglihatan kita, masalah silau ini mungkin akan berkurangan. Setelah kita mengetahui faktor-faktor silau malam, barulah kita tahun bagaimana untuk untuk mengatasinya.