10 PUNCA SINDROM PENGLIHATAN KOMPUTER

APA ITU SINDROM PENGLIHATAN KOMPUTER?

Sindrom Penglihatan Komputer atau Computer Vision Syndrome (CVS) ialah masalah mata yang disebabkan oleh penggunaan gajet seperti komputer, tablet dan telefon pintar dalam jangka masa yang lama tanpa rehat seketika.

Di dalam dunia yang serba pantas ini, sememangnya penggunaan gajet telah menjadi kelaziman dan tidak dapat dielakkan. Ramai sedia maklum akan kesan buruk penggunaan gajet dalam jangka masa yang panjang, tetapi segelintir masyarakat masih beranggapan ini bukan satu isu yang perlu diambil serius dan terus lali dalam menjaga kesihatan mata.

Bagaimana untuk mengetahui sekiranya anda mengalami Sindrom Penglihatan Komputer ini? Apakah 10 punca Sindrom Penglihatan Komputer? Jom kita lihat dan semak diri kita sama ada kita mengalami simptom-simptom Sindrom Penglihatan Komputer dan apakah puncanya supaya kita dapat mengambil langkah awal sebelum kesihatan mata kita lebih buruk.

SIMPTOMĀ² SINDROM PENGLIHATAN KOMPUTER

  • Ketegangan dan ketidakselesaan mata
  • Mata kering dan merah
  • Kabur penglihatan
  • Penglihatan menjadi berganda
  • Sakit leher atau belakang
  • Sakit kepala

Selain daripada penggunaan gajet dalam jangka masa yang lama, terdapat beberapa faktor lain yang boleh mengakibatkan berlakunya sindrom ini. Faktor-faktor ini adalah kebanyakannya dari gaya hidup dan gaya kerja masing-masing.

10 PUNCA SINDROM PENGLIHATAN KOMPUTER

  • Pencahayaan dalam bilik yang tidak baik
  • Jarak dengan skrin terlalu dekat
  • Kerusi yang tidak selesa ketika bekerja
  • Silau pada skrin 
  • Lokasi bahan rujukan yang jauh
  • Postur badan yang salah ketika menggunakan komputer
  • Sudut kepala yang salah ketika menggunakan komputer
  • Rehat/tidur yang tidak mencukupi
  • Tidak kerap mengelipkan mata
  • Masalah penglihatan yang sedia ada

Jika dilihat 10 punca Sindrom Penglihatan Mata yang telah dinyatakan, ia adalah situasi atau perkara yang memang dipandang ringan dalam kita menjalani kehidupan seharian, bukan? Janganlah kita mengambil mudah akan punca-punca tersebut kerana dari perkara kecil itu boleh membawa kepada masalah mata yang serius.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *